• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,210,779 Individu Sudah Terima Suntikan Vaksin COVID-19

oleh
21/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 1,210,779 individu sudah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang memasuki fasa kedua, setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi ciapan di Twitter, berkata daripada jumlah itu, seramai 748,444 individu menerima dos pertama, manakala 462,335 individu lagi sudah melengkapkan dos kedua.

Berdasarkan jumlah itu, tiga negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi iaitu Selangor dengan 104,338, diikuti Kuala Lumpur (82,907) dan Johor, 74,887.

Selangor turut mencatatkan jumlah penerima tertinggi bagi dos kedua iaitu 65,961 individu, disusuli Perak (48,942) dan Sabah, 43,741.

Dalam ciapan sama, beliau turut memaklumkan, setakat semalam, seramai 9,100,472 individu sudah melakukan pendaftaran vaksin.

“Tiga negeri yang mencatatkan angka pendaftaran tertinggi adalah Selangor dengan 2,385,020 individu, Johor (1,136,149) dan, Sarawak, 836,980.

“Daftar di aplikasi MySejahtera atau laman web vaksincovid.gov.my atau hubungi talian 1800 88 8828,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, hari ini.

Malaysia kini berada dalam fasa kedua program vaksinasi yang bermula kelmarin hingga Ogos ini untuk kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi. – BH Online

Tags: ImunisasiKKMPICKvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd