• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,178 Kes Baharu Covid-19, 6 Kematian, 1,377 Pulih

oleh
01/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,178 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu dalam negara kepada 346,678 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20 kes import dikesan, manakala 1,158 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

“Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 238 kes (20.2 peratus) dengan 183 kes (76.9 peratus) daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 237 kes (20.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 190 kes (16.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 31 kes (2.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (14 kes), Kluster DTI Jalan Duta (7 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster DTI Sepang 2 (2 kes), Kluster Tembok Tapah (1 kes), dan Kluster Pagar Bukit Chagar (1 kes).

“Terdapat 163 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 1,377 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 331,001 kes atau 95.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Menurutnya, enam kes kematian baharu direkodkan hari ini masing-masing dua kes di Sarawak, serta satu kes di Johor, Kelantan dan Sabah.

“Enam kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,278 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd