• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Hamil, Cuba Mengandung Layak Dapat Vaksin COVID-19

oleh
01/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Wanita yang dalam proses mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, namun perlu mendapatkan nasihat pakar atau doktor masing-masing.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menjelaskan kegusaran itu timbul berikutan data ujian klinikal Pfizer menunjukkan ibu mengandung berdepan risiko keguguran.

Sehubungan itu, katanya, wanita hamil atau cuba mengandung perlu mendapatkan nasihat lanjut daripada pakar bagi menentukan keperluan mengambil vaksin COVID-19, bersandarkan tahap kesihatan masing-masing.

“Dalam ujian yang dilaksanakan, antara vaksin dan placebo, ada segelintir individu yang menyertai ujian klinikal Pfizer sebelum ini tidak mengetahui mereka sebenarnya mengandung.

“Apa yang berlaku ialah, dua daripada 23 sukarelawan mengalami keguguran secara spontan, justeru data klinikal mengenai kontraindikasi (sebarang keadaan yang menandakan ketidaksesuaian suatu bentuk rawatan) ada disertakan.

“Oleh itu, yang nak dapatkan suntikan imunisasi COVID-19 tetapi mengandung, mereka sebenarnya layak dapat vaksin tetapi perlu hubungi pakar dan doktor masing-masing.

“Ini bagi menentukan mana yang lebih bahaya bagi wanita hamil atau cuba mengandung, sama ada COVID-19 atau kandungan,” katanya pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), di sini, hari ini. – BH Online

Tags: mengandungvaksin covid-19wanita hamil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Hamil Maut Jatuh Tingkat 28 Didakwa Alami Tekanan – Polis

Wanita Hamil Maut Jatuh Tingkat 28 Didakwa Alami Tekanan – Polis

04/09/2025
0

BAYAN LEPAS: Wanita berpakaian kostum anime yang kemudian ditemui maut di tempat letak kereta sebuah kondominium di sini malam tadi,...

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

24/07/2025
0

KOTA BHARU: "Kami sentiasa rindukan mummy sejak tiga tahun lalu dan sentiasa berdoa supaya orang yang membunuh mummy ditahan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd