• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Didakwa Liwat, Amang Seks Pelajar

oleh
24/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Guru agama lelaki berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown hari ini atas tiga pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya berusia 15 tahun. 

Tertuduh membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan antara 20 November 2020 hingga 14 Mac lalu di sebuah rumah di Teluk Kumbar, di sini. 

Dia berdepan satu dakwaan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan dua dakwaan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh menghampiri mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabila Huda Muhammad Nazim manakala tertuduh diwakili peguam, Md Yusuf Md Idris. 

Kes akan disebut semula pada 26 April ini. – BH Online

Tags: amang seksualGuru AgamaLiwatustaz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

04/12/2025
0

Kota Bharu: Seorang guru mengaji didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual bukan...

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

13/07/2025
0

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan satu kes amang seksual yang didakwa membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd