• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uncle Kentang Mohon Maaf Kepada Polis

oleh
29/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang sebelum ini bertindak memuat naik status di laman Facebooknya mengenai kompaun RM10,000 yang diterima pihak ketiga, walhal perkara itu tidak berlaku, memohon maaf kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima permohonan maaf Chee Heng yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’, melalui surat pada 22 Mac lalu.

“Beliau (Uncle Kentang) menjelaskan menerima maklumat daripada ibu kepada individu yang mendakwa dirinya dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 dan berharap pihaknya dapat membantu namun hasil siasatan mendapati ia tidak benar.

“Individu berkenaan hanya cuba menipu ibunya dengan mengatakan dikenakan kompaun sebagai alasan untuk tidak mengirim wang,” katanya ketika ditemui pemberita pada Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-214 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, hari ini.

Status yang dimuat naik Uncle Kentang menerusi Facebook ‘Kuan Chee Heng’ itu turut dikongsikan laman sosial Facebook bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendapat perhatian ramai.

Dalam status tersebut, Chee Heng memuat naik kompaun pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan di Kampung Rapat di sini pada 14 Mac lalu.

Maklumat dalam status itu mendakwa seorang pembantu tukang masak dikenakan kompaun RM10,000 ketika keluar menerusi pintu belakang restoran berkenaan untuk menghisap rokok, dan dia tidak dapat mengirimkan wang kepada ibunya berikutan terpaksa berhutang dengan pihak restoran bagi membayar kompaun berkenaan selain gajinya turut dipotong untuk membayar hutang.

A Asmadi menjelaskan siasatan oleh pihaknya juga mendapati tiada kompaun seperti didakwa telah dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB dalam kalangan polis daerah Ipoh.

Justeru, katanya orang ramai diminta supaya tidak terus menularkan isu berkenaan kerana ia akan menjejaskan imej dan iltizam pasukan polis untuk memberi perkhidmatan terbaik.

Terdahulu, beliau menyampaikan surat penghargaan kepada 184 penerima terdiri daripada pasukan polis, orang awam dan petugas media sebagai motivasi atas kerjasama yang diberikan kepada IPD Ipoh.

Wartawan Bernama, Rozainah Abdul Rahim merupakan antara 12 petugas media yang turut meneima surat penghargaan atas komitmen dan kerjasama dalam membantu pihak polis melaporkan maklumat yang tepat. – BERNAMA

Tags: kompaunKuan Chee Hengpolisuncle kentang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Treler

Next Post

129,000 Penerima Lengkapkan 2 Dos Vaksin Covid-19

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

129,000 Penerima Lengkapkan 2 Dos Vaksin Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd