• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Caj Suntikan Vaksin Covid-19 Di Hospital, Klinik Swasta

oleh
15/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Individu yang mendapat temu janji untuk suntikan vaksin Covid-19 di hospital atau klinik swasta tidak perlu membayar sebarang caj.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, caj berkenaan sebaliknya akan dibayar oleh kerajaan.

“Ini untuk hospital atau klinik swasta yang terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan menerusi dalam talian.

Turut sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy menambah, individu yang akan menerima vaksin berkenaan akan dihantar ke pusat pemberian vaksinasi berdasarkan alamat mereka.

“Penghantaran berdasarkan lokasi kerana kita mahu memudahkan program imunisasi ini,” katanya.

Mengulas mengenai laporan bahawa terdapat kesan sampingan selepas individu disuntik vaksin AstraZeneca, Khairy berkata, sehingga kini tidak ada data yang menunjukkan kaitan langsung antara pemberian vaksin berkenaan dengan kes pembekuan darah yang telah menyebabkan kematian di beberapa negara lain.

“Bagaimanapun kita masih lagi mengkaji mengenai perkara tersebut. Vaksin AstraZeneca belum lagi sampai di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh vaksin berkenaan sampai di negara ini, kerajaan akan melihat kepada maklumat data klinikal berkenaan kejadian terbabit.

“Apabila pakar telah membuat rumusan berkenaan isu ini, kita akan umumkan,” katanya.

Beberapa negara mengumumkan penangguhan suntikan vaksin itu selepas seorang jururawat berusia 49 tahun meninggal dunia akibat masalah pembekuan darah beberapa hari selepas menerima suntikan tersebut.

Negara terbabit termasuk Thailand, Austria, Estonia, Latvia, Lithuania, Luxemborg dan Itali turut menggantung pemberian vaksin tersebut. – Sinar Harian

Tags: hospital swastaklinik swastavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd