• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlalu Awal Ulas Isu Kalimah Allah – Dr Zulkifli

oleh
11/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan masih terlalu awal untuk pihaknya mengulas berhubung isu penggunaan kalimah Allah serta tiga perkataan lain oleh penganut Kristian di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, perbincangan dalaman akan dibuat bersama Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan diadakan esok dalam masa terdekat.

“Saya kena tengok dari semua aspek, (meliputi) dari segi undang-undang, segi agama, pandangan-pandangan (ulama) terdahulu dan mutaakhir (ulama terkemudian). 

“Masa (selepas) itu kita akan tengok mana yang terbaik,” katanya sebagai mengulas soalan wartawan mengenainya dalam sidang media Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba kepada Pelajar Asnaf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Bangunan Tabung Haji, di sini, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada penganut Kristian.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu murtad membabitkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang serta individu yang dikaitkan sebagai pelopor ajaran ‘Agama Melayu’, Wan Norhayati Wan Alias atau ‘Ibu Yati’.

Beliau berkata, pihaknya sudah mendapat maklumat yang ‘baik’ daripada semua pihak yang terbabit dalam jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu yang dikelolakan Jakim bagi menyelaraskan tindakan berhubung isu itu.

“Insya-Allah mungkin saya akan buat kenyataan bertulis mengenainya pada hari ini juga untuk disiarkan,” katanya. 

Dalam pada itu, semakan lanjut di Facebook rasmi Zulkifli mendapati tertera kenyataan bahawa pihaknya sudah mengarahkan Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (Japas) diaktifkan semula bagi menangani isu ancaman akidah dan ajaran sesat di negara ini.

Melalui kenyataan itu, Ketua Pengarah Jakim akan mempengerusikan Japas dan dianggotai oleh Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi penguatkuasaan berkaitan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. – myMetro Online

Tags: dr zulkifli mohamad al-bakrikalimah Allahpenganut kristian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Rakan Didakwa Samun RM242,222, Guna Pisau Pemotong Kertas

Logo Kasut Mirip Kalimah ALLAH: Enam Kedai Kasut Jenama Vern’s Di Kelantan Diperiksa

08/04/2024
1

KOTA BHARU - Polis Kelantan memeriksa enam kedai kasut jenama Vern's di negeri ini berhubung tulisan menyerupai kalimah ALLAH pada...

‘Jangan Rakam Cium Hajar Aswad Jika Sekadar Ikut Trend’ – Zulkifli

‘Jangan Rakam Cium Hajar Aswad Jika Sekadar Ikut Trend’ – Zulkifli

04/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Jemaah haji dan umrah dinasihatkan untuk tidak berebut-rebut merakam video dan gambar mencium Hajar Aswad sekiranya ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd