• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Swasta, Individu Diminta Bantu Bina Rumah Mangsa Banjir – Agong

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa pihak swasta atau orang perseorangan tampil membantu membina rumah mangsa banjir. 

Baginda bertitah beberapa rumah sepanjang Sungai Pahang dan sungai lain yang terjejas banjir baru-baru ini perlu dibina semula.

“Justeru pihak swasta dan persendirian diminta tampil membantu membina rumah yang sering dinaiki air. 

“Rumah-rumah yang dibina juga mestilah tinggi supaya tidak ditenggelami banjir pada masa akan datang,” titah baginda ketika mencemar duli meninjau tapak rumah bantuan banjir di Kampung Lompat, di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. 

Al-Sultan Abdullah turut meminta kontraktor yang dilantik supaya menyiapkan rumah mengikut masa dan spesifikasi yang ditetapkan

“Saya harap rumah ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Saya sendiri akan meninjau dan melihat sendiri perkembangan rumah ini,” titah baginda. 

Dalam kunjungan itu juga, Yang di-Pertuan Agong berkenan melawat tapak pembinaan tiga rumah baharu masing-masing di Kampung Lompat, Kampung Sungai Dingin dan Kampung Pengkalan Manggis di sini.

Kos pembinaan tiga rumah berkenaan adalah sumbangan Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara. 

Dalam lawatan berkenaan, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan mendengar taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Hafizah Zakaria mengenai pembinaan rumah berkenaan. 

Rumah setingkat yang dibina dengan kos RM100,000 itu dijangka siap dalam tempoh 16 minggu dan akan dibina dengan tiang setinggi 2.4 meter dari aras tanah supaya terhindar daripada banjir. – BH Online

Tags: mangsa banjirRumahYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd