• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Serah Kertas Siasatan Kes Kartel Daging Kepada Peguam Negara

oleh
15/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel daging di sebuah gudang di Senai, dua minggu lalu.

Pengarahnya, Datuk Azmi Alias berkata, pegawainya melakukan siasatan secara terperinci sejak bulan Disember tahun lalu dengan mengumpulkan bukti berkaitan.

Katanya, seramai 12 suspek telah dikenalpasti terlibat dengan kes kartel daging yang terdiri daripada pemilik syarikat, kakitangan agensi kerajaan dan penguat kuasa serta ejen penghantar.

“Kes kartel daging ini telah disiasat sejak bulan Disember lalu, di mana kertas siasatan telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Peguam Negara akan buat keputusan. Jika dibenarkan dakwa kita akan dakwa. Apa pun pegawai SPRM Johor telah kumpulkan bukti dan kemukakan seramai 12 suspek yang terlibat dengan kartel daging,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran CPP (Cakera Padat Pencegahan) oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Johor di Tampoi di sini pada Isnin.

Sinar Harian pada 2 Disember lalu, menerusi laporan khas membongkar kegiatan kartel mengimport daging dari beberapa negara yang tidak halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual dan dibekalkan di pasaran tempatan.

Serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) serta beberapa agensi di sebuah gudang di Senai itu telah mendedahkan kegiatan kartel daging berkenaan. – Sinar Harian

Tags: Kartel DagingPeguam NegaraSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd