Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

100 Rakyat Malaysia Cenderung...

KUALA LUMPUR - Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan masih terdapat kira-kira 100...

Ditegur Menari, Wani Masih...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Wani menerima teguran Da'i Luqman berkaitan tarian dalam video...

Pejabat Labuan Shipyard Musnah...

Labuan : Bangunan pejabat Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSE) berusia empat dekad,...

Harga Minyak Tidak Turun...

HARGA minyak semasa sepatutnya lebih rendah sesuai dengan harga minyak dunia, dan pemimpin...

RM19.45 Bilion Pengeluaran i-Lestari, RM52.48 Bilion i-Sinar Dilulus

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari melibatkan 5.23 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan setakat 12 Mac, 2021 berbanding RM18.58 billion dan 5.18 juta penerima pada minggu sebelumnya, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Manakala, setakat 14 Mac, 2021, pengeluaran i-Sinar sebanyak RM52.48 bilion telah diluluskan kepada 5.94 juta pemohon dan daripada jumlah itu sebanyak RM32.74 bilion telahpun dikreditkan.

Tengku Zafrul berkata demikian semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-46 menerusi laman Facebook beliau, di sini, pada Rabu.

Menurutnya, mulai 8 Mac, 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar telah ditambah baik bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.

“Perancangan persaraan adalah penting dan orang ramai disyorkan untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang disediakan oleh KWSP secara percuma untuk tujuan ini,” katanya.

Maklumat mengenai perkhidmatan percuma ini boleh didapati di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/retirement-advisory-service. – BERNAMA

Kategori