• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Baharu Covid-19 Terendah Tahun Ini 1,280 Kes

oleh
09/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,280 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, iaitu kes baharu terendah bagi tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 1,278 kes tempatan dan dua kes import menjadikan jumlah kumilitif kes positif sebanyak 316,269.

Beliau berkata, sebanyak 2,345 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 296,379 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 464 kes.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 368 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti Johor sebanyak 165 kes dan Sarawak sebanyak 163 kes,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat di Selangor dan masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Sabah, dan Sarawak. 

“Sebanyak lapan kes membabitkan warganegara dan satu kes membabitkan bukan warganegara. 

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata, terdapat sembilan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, yang membabitkan enam kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan komuniti dan satu kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi. 

Menurutnya, kluster tempat kerja itu adalah Jalan Nusa Mega dan Jalan Industri A1 di Johor, Tapak Bina Jalan U-Thant T dan Tapak Bina Jalan Salak (Kuala Lumpur), Lorong Kilang (Selangor) dan Medan Bayan Lepas di Pulau Pinang.

“Sungai Lembing di Pahang membabitkan kluster komuniti selain Jalan Setia Jaya di Johor membabitkan kluster sama.

“Satu lagi kluster ialah Amanjaya di Kedah yang diletakkan di dalam kumpulan berisiko tinggi,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd