• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod 2 Juta Individu Terkait Jenayah Sudah Dikemas Kini – KPN

oleh
25/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rekod lebih dua juta individu yang dikaitkan dengan pelbagai jenayah sudah dikemas kini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid berkata, sebelum ini, rekod individu berkenaan tidak dapat dikemas kini dalam sistem data agensi itu disebabkan beberapa kekangan termasuk masalah sistem pengisian maklumat dan teknikal.

“Ia ditambah lagi dengan pegawai atau anggota bertanggungjawab mengisi maklumat itu ada yang sudah tamat berkhidmat ataupun bertukar jawatan ke tempat lain,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, dengan siapnya pengemaskinian rekod itu 100 peratus, ia akan memudahkan urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat semakan rekod jenayah individu sama ada untuk kegunaan PDRM atau agensi kerajaan lain.

“Hikmahnya apabila diminta membuat semakan ke atas mana-mana individu yang ingin memohon pekerjaan, rekod itu boleh diberikan PDRM kerana semuanya sudah terpapar di dalam komputer,” katanya.

Beliau memberi contoh, jika pihak Wisma Putra meminta PDRM membuat semakan ke atas 1,000 nama individu, kesemuanya dapat dilaksana dengan mengaplikasikan proses ‘data crunching’.

“Sekiranya perlu, untuk tahu individu itu ditangkap atas kes apa semuanya boleh disemak menerusi fail yang dikemas kini. Kami juga boleh bertanya kepada pegawai penyiasat apa yang terjadi berhubung kes dikendalikannya secara lebih lanjut,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mana-mana individu yang mempunyai kesalahan jenayah tidak akan terlepas daripada namanya disenaraikan dalam rekod.

“Cuba bayangkan jika ada individu itu diambil berkerja sedangkan dia rupa-rupanya seorang tokan dadah jadi perkara itu perlu dielakkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PDRMpolisrekod jenayah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tweet Pertama Dijual RM12 Juta

Next Post

Tingkat Keupayaan Anggota PDRM Berdepan Ancaman Moden

Related Posts

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

02/06/2025
0

Kangar: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit, selepas merampas syabu seberat 365 kilogram bernilai RM13.14...

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Next Post

Tingkat Keupayaan Anggota PDRM Berdepan Ancaman Moden

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd