Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Siti Nurhaliza Kini Bergelar...

SATU demi satu berita gembira hadir buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti...

Tiada Tempat Bagi Syiah...

SHAH ALAM - Golongan pengamal ajaran Syiah tidak sesuai menyebarkan ajaran mereka kepada...

Ini Bukan Masa Protes,...

KUALA LUMPUR : PAS menggesa semua pengundi yang layak mengundi pada Pilihan Raya...

Pekerja Besi Buruk Dijatuhi...

IPOH - Seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah...

Rampasan Rokok Seludup RM52 Juta, Terbesar Dalam Sejarah Negara

PONTIAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas rokok seludup bernilai RM52 juta selepas menahan sebuah kapal kargo di perairan Pantai Barat berhampiran Pulau Kukup, di sini, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, berkata ia rampasan rokok terbesar dalam sejarah negara.

Katanya, dalam pemeriksaan pada jam 8.15 malam itu, pihaknya merampas 70 juta batang rokok pelbagai jenis dengan 11 kru kapal warga asing berusia 22 hingga 60 tahun, membabitkan 10 warga Myanmar dan seorang warga Singapura, turut ditahan.

Bertindak atas maklumat dan risikan, katanya, sepasukan Unit Risikan Marin PPM Wilayah 2 membuat pemantauan terhadap pergerakan sebuah kapal kargo MV Chita 2 dari Myanmar yang sedang dalam perjalanan ke Batam, Indonesia disyaki membawa muatan rokok seludup untuk dibawa masuk ke kawasan Pantai Barat negeri ini.

“Bot ronda PPM cuba memintas kapal berkenaan dengan menyalakan ‘police light’ dan membunyikan siren namun tidak mendapat kerjasama daripada kapten kapal yang enggan memberhentikan kapal.

“Kapal kargo berkenaan berjaya ditahan sebelum berhenti di kedudukan kira-kira 2.9 batu nautika barat daya Pulau Kukup dengan bantuan dua bot ronda PPM.

“Hasil pemeriksaan ke atas kapal kargo itu menemukan sebanyak 7,000 kotak mengandungi 70 juta batang rokok tidak bercukai yang disembunyikan di dalam petak kapal kargo berkenaan.

“Proses dokumentasi dan pengiraan mendapati nilai kesemua rokok berkenaan adalah RM52 juta manakala nilai kapal adalah RM18 juta, sekali gus keseluruhan rampasan bernilai hampir RM70 juta,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, hari ini.


Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Abd Rahim berkata, dalam operasi itu, kapal kargo berkenaan turut ditahan bersama seramai 10 kru termasuk kapten kapal membabitkan warga Myanmar dan seorang warga Singapura.

Katanya, kapal kargo yang berdaftar di Mongolia itu dikesan berulang-alik dari perairan Batam ke Perak sebanyak dua kali sejak Februari lalu. 

Katanya, modus operandi secara ‘transshipment’ dari kapal yang melalui perairan antarabangsa dikenal pasti digunakan oleh sindiket penyeludupan berkenaan. 

“Sindiket penyeludupan rokok ini dipercayai sudah lama beroperasi dan bergerak di garisan perairan antarabangsa bagi mengelak ditahan. Sekiranya mendapati tiada pengawasan pihak berkuasa, barulah mereka memasuki perairan negara.

“Sepanjang perjalanan dari Batam ke Perak, mereka akan mencampakkan kotak rokok yang diletakkan dalam plastik ke dalam laut secara rambang sebelum ia dikutip oleh kapal kecil tempatan,” katanya. 

Beliau berkata, kesemua kru kapal kargo berkenaan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. – BH Online

Kategori