• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Permaisuri Agong Zahir Penghargaan Kepada ‘Frontliner’

oleh
18/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerja keras dan sumbangan cemerlang yang ditunjukkan petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19 serta menjadikan negara ini selamat. 

Tunku Azizah bertitah COVID-19 memberikan cabaran dan tekanan yang besar kepada kehidupan semua orang namun petugas barisan hadapan tetap cekal mencurahkan masa dan tenaga mereka untuk membendung pandemik itu. 

“Pada majlis yang tidak dapat dilupakan ini, beta ingin menzahirkan rasa terhutang budi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan serta pengorbanan yang dilakukan oleh semua petugas barisan hadapan yang terus melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengira kesulitan dan risiko terhadap kesihatan mereka.

“Terima kasih kerana begitu berdedikasi, berani dan tidak mementingkan diri sendiri untuk mengatasi cabaran yang sedang kita hadapi. Pada kesempatan ini, beta ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang telah secara sukarela membantu petugas barisan hadapan kita,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah demikian ketika berucap sempena penyampaian Anugerah Merit Ibn Khaldun Bagi Transformasi Sosial Peringkat Global kepada Petugas Barisan Hadapan di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-UIAM).

Tunku Azizah, yang juga Ketua Perlembagaan (Canselor) UIAM, bertitah bahawa baginda amat bangga Malaysia adalah antara negara pertama yang mengambil pelbagai tindak balas pantas dalam usaha melindungi rakyatnya daripada virus berbahaya itu.

Selain usaha yang dilakukan kerajaan, baginda bertitah banyak sumbangan telah dihulurkan rakyat Malaysia bagi mengatasi ancaman COVID-19. 

“Beta amat berbesar hati untuk memberikan anugerah ini kepada petugas barisan hadapan sebagai simbol penghargaan, rasa terhutang budi serta pengiktirafan atas jasa dan usaha yang anda semua lakukan semasa wabak ini merebak dengan begitu pantas di negara kita dan seluruh dunia.

“Anugerah ini diharap dapat menaikkan semangat anda untuk terus bekerja keras dalam memerangi COVID-19 yang masih berterusan. Insya-Allah,” titah Tunku Azizah. 

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menerima anugerah itu bagi pihak petugas barisan hadapan. – BERNAMA

Tags: pandemik COVID-19petugas barisan hadapanRaja Permaisuri Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Lori Sampah Rosak Brek Rempuh 14 Kenderaan

Agong, Permaisuri Zahirkan Ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Umat Islam

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd