• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potong Barisan Suntik Vaksin, Exco Lapor Polis

oleh
02/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin akan membuat laporan polis esok berhubung dakwaan 200 ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan yang cuba ‘memotong barisan’ sebagai penerima awal suntikan vaksin Covid-19. 

Beliau berkata, dakwaan yang tular di media sosial itu adalah satu berita yang tidak benar dan palsu sehingga mencemarkan imej serta pentadbiran kerajaan negeri berkenaan.

“Saya akan minta pihak polis membuat siasatan sepenuhnya. Perkara ini sangat serius dan tidak baik bagi sesebuah pentadbiran negeri. Imej kerajaan negeri rosak dan tercalar gara-gara berita palsu yang dikeluarkan kakitangan kesihatan itu sendiri,” katanya di sini, hari ini.

Ahad lalu, tular di laman media sosial, antaranya Twitter, yang memaparkan tangkap layar mesej mendakwa suntikan vaksin Covid-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan untuk memberi ‘laluan’ kepada 200 ahli SUK Kelantan.

Mengulas lanjut, Dr Izani turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan terhadap kakitangannya yang terbabit menyebarkan dakwaan itu.

“Bagi saya, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mesti membuat siasatan lanjut seperti mengikut Akta Tindakan Tatatertib Bab Enam (Pindaan) 1996 yang jelas menunjukkan bahawa mereka ini melakukan kesalahan.

“Malah selepas ketua atau pengarah jabatan buat kenyataan menafikan perkara itu, mereka masih lagi mempertikai keputusan ketua mereka dan ini adalah satu tindakan yang sangat tidak beretika.

“Jadi KKM seharusnya memperkuat sistem pentadbiran awam mereka dan seterusnya melihat dan mengambil tindakan kepada ‘anak-anak’ yang seolah-olah tidak reti (faham) peraturan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Izani sekali lagi menegaskan pihak kerajaan negeri mahupun kakitangan SUK tidak pernah campur tangan dalam proses senarai penerima suntikan vaksin Covid-19 bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri berkenaan. 

“Tidak ada langsung tekanan mahupun desakan daripada pihak kerajaan negeri kepada JKNK untuk berbuat perkara sedemikian…apabila timbul perkara ini juga, saya rujuk kepada Pengarah serta Timbalan Pengarah JKNK sama ada pihak mereka terima tekanan daripada SUK dan mereka mengesahkan tiada,” katanya. – BERNAMA

Tags: SUK Kelantanvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd