• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tawar Diskaun Saman 50 Peratus

oleh
25/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus jika pesalah trafik membuat bayaran melalui portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman bermula hari ini sehingga 14 April depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pembayaran menerusi portal dan aplikasi itu membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian.

“Menerusi portal dan aplikasi ini, orang awam dapat melakukan pembayaran tanpa perlu beratur dan bersesak di kaunter bayaran sedia ada. 

“Bagaimanapun, pemberian diskaun ini dikecualikan ke atas beberapa kesalahan termasuk melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju ditetapkan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias.

Abdul Hamid berkata, portal dan aplikasi itu akan mengurangkan kebergantungan JSPT kepada kutipan ejen swasta serta meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan trafik kepada awam memandangkan saman boleh dibayar tanpa had masa dan sebarang caj perkhidmatan.

“Sebaik diaktifkan sejak 12 tengah malam tadi, lebih RM1 juta bayaran saman berjaya dikutip (sehingga jam 2 petang tadi) sekali gus menunjukkan orang ramai mengharapkan satu sistem pembayaran saman yang memudahkan urusan mereka. 

“Berdasarkan statistik sejak 1990 hingga 2020, jumlah saman yang dikutip JSPT adalah sebanyak RM6.6 bilion dan bagi tempoh antara 2015 hingga tahun lalu, jumlah saman yang berjaya dikutip pula hampir RM2 billon,” katanya. 

Katanya, jumlah pungutan saman yang diperolehi itu menunjukkan ramai pengguna jalan raya mahu membayar saman dengan cara mudah (secara dalam talian). 

“Kita tidak berbangga dengan jumlah saman yang dikutip berbilion itu, sebaliknya niat PDRM adalah mahu jumlah kesalahan trafik berkurang setiap hari. 

“Bagaimanapun, terdapat 32 peratus lagi pesalah trafik yang masih tegar dan tidak menjelaskan tunggakan saman mereka,” katanya yang mensasarkan kutipan saman sebanyak RM500 juta pada tahun ini. – myMetro Online

Tags: MyBayar SamanPDRMSaman Trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd