• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP Hanya Akan Dilaksana Ikut Lokaliti

oleh
17/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya akan dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan.

Perdana Menteri berkata, keadaan itu bermakna PKP menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri tidak perlu lagi dilaksanakan.

“Dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri.

“Kerajaan juga akan melaksanakan strategi kawalan penularan COVID-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara,” katanya ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, peruntukan program imunisasi turut dinaikkan kepada RM5 bilion daripada RM3 bilion sebelum ini bagi mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember ini berbanding sasaran awal pada suku pertama 2022.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran ini, seramai 15,000 petugas akan ditempatkan di hampir 950 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara. 

Katanya, dengan penambahan tugas itu, kerajaan bersetuju memanjangkan Bantuan Khas COVID-19 dengan kadar 200 ringgit sebulan kepada petugas penjawat awam yang terbabit dalam program imunisasi di PPV berkenaan. 

“Kerajaan kini melaksanakan pelbagai tindakan kesihatan awam untuk membendung COVID-19 di samping memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Setakat ini, lebih 300,000 rakyat sudahpun menerima suntikan pertama vaksin,” katanya. – BH Online

Tags: ImunisasiPEMERKASAperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd