• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergi Mana Tu Neelofa, PU Riz?

oleh
30/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas majlis pernikahan Sabtu lalu disiasat berikutan didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Neelofa dan PU Riz sekali lagi menjadi tumpuan apabila tular pula beberapa gambar mereka dikatakan merentas negeri untuk berbulan madu di Langkawi.

Menerusi gambar itu, Neelofa dan Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu. 

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dan mempersoalkan bagaimana pasangan itu dibenarkan merentas negeri sebagaimana yang didakwa.

Bagaimanapun, di sebaliknya ada juga yang berpendapat mereka menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri. 

Semakan Harian Metro di Instagram Neelofa dan Riz pula mendapati tiada sebarang perkongsian mengenai aktiviti mereka sama ada pergi berbulan madu atau sebaliknya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi pengurusan Neelofa bagi mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan ini tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab.

Pasangan ini melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di sini, Sabtu lalu. 

Sebelum ini, MKN mengumumkan penduduk dari negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan melancong, namun perlu menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia berkuatkuasa 10 Mac lalu.

Bagaimanapun, kebenaran merentas negeri hanya dibenarkan di antara negeri kategori PKPP saja.

Berdasarkan laporan terbaharu MKN, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak tertakluk sebagai enam negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala lapan lagi negeri iaitu Kedah, Sabah, Terengganu, Sabah, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka pula di bawah PKPP.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan keluarga Neelofa akan dipanggil memberi keterangan hari ini berhubung pematuhan SOP pada majlis pernikahannya.

Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan selebriti itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan MKN sehingga mendapat kecaman ramai. – myMetro Online

Tags: berbulan maduNeelofaPU Rizrentas negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kadar Rt COVID-19 Meningkat Selepas Rentas Negeri

27/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 menunjukkan trend peningkatan sejak lima hari lalu, kira-kira dua minggu selepas kerajaan memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd