Monday, November 4, 2024

Creating liberating content

‘Selera’ Suami Tinggi, Isteri...

SEORANG wanita nekad melarikan diri sekaligus menjauhi suaminya yang berperangai 'pelik' tidak boleh...

Kempen “I’m A Muslim,...

KEMPEN "I'm Muslim, I Love Hindus" yang dilaksanakan oleh Komunitas Pemuda Saling Menghormati...

Guan Eng Minta Melayu...

KUALA LUMPUR - Isu penagihan dadah jauh lebih penting untuk difikirkan oleh kaum...

MATTA Fair 2016 Kembali...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), mengumumkan penganjuran pameran...

Pengasas Aplikasi Sugarbook Dikenakan Waran Tangkap

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook kerana gagal menghadirkan diri untuk sebutan semula kes, hari ini.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari mengeluarkan waran tangkap ke atas Chan Eu Boon, 34, selepas dimohon pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asnaf Anuar Sharuddin, ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa pihak pembelaan sepatutnya hadir ke mahkamah untuk pengurusan dokumen.

“Bagaimanapun, tertuduh, peguam dan penjaminnya gagal berbuat demikian.

“Justeru, saya memohon waran tangkap dikeluarkan bagi tindakan lanjut,” katanya.

Sabreena kemudian menetapkan 15 Mei depan bagi sebutan semula kes berikutan waran tangkap itu.

Pada 24 Februari lalu, Eu Boon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyiarkan kenyataan bertajuk ‘Top 10 Sugarbaby University In Malaysia’ yang mengakibatkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga usahawan teknologi maklumat (IT) didakwa menyiarkan kenyataan itu dalam laman web pada jam 10 pagi 10 Februari lalu.

Kenyataan itu kemudian dilihat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada jam 6.26 petang hari sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai. – BH Online

Kategori