• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Longgar Syarat Kemasukan Bukan Bumiputera

oleh
11/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga Malaysia bukan Bumiputera yang layak kini boleh mengisi kekosongan jawatan konstabel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din, berkata kelonggaran syarat itu diberi bagi permohonan jawatan konstabel Gred YA1 lelaki dan perempuan menerusi Pengambilan Khas Bukan Bumiputera mulai 18 Mac ini.

“Kelonggaran syarat ini sebagai galakan supaya lebih ramai rakyat Malaysia bukan Bumiputera menyertai PDRM kerana pasukan ini memerlukan khidmat mereka.

“Bagaimanapun, mereka yang terpilih ke dalam jawatan perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu peringkat SPM dalam tempoh enam tahun mereka berkhidmat dan perlu lulus dengan kepujian.

“Sekiranya masih gagal dalam tempoh enam tahun, khidmat mereka akan ditamatkan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, permohonan dibuka bermula 18 hingga 31 Mac ini dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

Katanya, individu bukan Bumiputera yang pernah memohon sebelum ini boleh membuat permohonan baharu.

“Keutamaan diberi kepada pemohon bukan Bumiputera yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Cina, Tamil dan bahasa ibunda lain,” katanya 

Ramli berkata, pemohon mesti berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh permohonan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf kerajaan.

Katanya, pemohon hanya perlu memiliki satu kepujian untuk mana-mana subjek peringkat SPM dan lulus empat mata pelajaran lain atau lulus Sijil Vokasional Malaysia.

“Pemohon perlu memenuhi syarat lain antaranya kelayakan fizikal iaitu tinggi sekurang-kurangnya 163 sentimeter (cm) bagi lelaki dan 157 cm bagi wanita.

“Berat badan bagi lelaki hendaklah sekurang-kurangnya 50 kilogram (kg) dan 48 kg bagi wanita manakala mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26,” katanya.

Ramli berkata, pemohon akan dipanggil ke sesi temu duga yang akan diadakan di bandar besar di seluruh negara.

PDRM juga, katanya, akan mengadakan pengambilan khas bagi Orang Asli menyertai PDRM.

“Jawatan yang ditawarkan adalah inspektor Gred YA13, konstabel YA1, konstabel Orang Asli Gred YP1 dan konstabel Gred YT1.

“Kita turut beri kelonggaran syarat pengambilan khas Orang Asli bagi jawatan konstabel Gred YP1 iaitu ketinggian 160 cm bagi lelaki dan 155 cm bagi wanita,” katanya. – BH Online

Tags: Bahasa Melayubukan bumiputeraPDRMSPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Hari Baharu, Kehidupan Baharu”

Next Post

Pengisytiharan Darurat Tak Boleh Dicabar

Related Posts

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua kes dikenal pasti di negara ini mempunyai kaitan dengan agensi perisikan asing...

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

Next Post

Pengisytiharan Darurat Tak Boleh Dicabar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd