• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Tak Boleh Bersidang Tanpa Notis

oleh
09/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan Parlimen dengan sewenang-wenangnya dan sebaliknya ia memerlukan notis daripada Ketua Majlis (Perdana Menteri).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberikan notis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum sidang Parlimen boleh dilaksanakan.

Justeru, katanya, mana-mana Ahli Parlimen yang mahu mengadakan sidang berkenaan, mereka perlu membuat permohonan kepada Ketua Majlis (Perdana Menteri).

“Kita tetap masih memerlukan surat atau sekurang-kurangnya notis daripada Ketua Majlis dan diminta semua (Ahli Parlimen) memahaminya.

“Walaupun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memprorog (gantung) dan panggil semula Parlimen namun ia perlu mendapatkan nasihat daripada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada 400 keluarga B40 dalam kawasan Parlimen Batu Pahat, di sini, semalam.

Mohd Rashid, yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat itu, berkata Parlimen Malaysia ada menerima cadangan daripada lima Ahli Parlimen pembangkang untuk mengadakan sidang Parlimen mengikut jadual asal yang sepatutnya semalam (8 Mac), namun mereka dinasihati supaya mengutamakan proklamasi darurat yang dilaksanakan ketika ini.

Selain lima Ahli Parlimen pembangkang, katanya, pihaknya turut menerima cadangan yang sama daripada beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN). – BERNAMA

Tags: ParlimenPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RMK12 Dibentang Sebaik Sahaja Parlimen Dibenar Bersidang

Next Post

Lawatan Muhyiddin Lonjak Hubungan Riyadh-KL

Related Posts

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

01/05/2025
0

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bagi meningkatkan perlindungan dan menyelesaikan isu kebajikan membabitkan golongan...

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Next Post

Lawatan Muhyiddin Lonjak Hubungan Riyadh-KL

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd