• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 74,000 Sudah Terima 2 Dos Suntikan Vaksin Covid-19

oleh
25/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 74,289 individu di negara ini sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 436,687 individu sudah menerima dos pertama, dengan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini adalah 510,976. 

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata, Selangor mencatat jumlah teramai menerima suntikan dos pertama iaitu 60,521 orang, kemudian Perak (49,528) dan Sabah (41,415). 

Ini diikuti Kuala Lumpur (37,617), Sarawak (36,244), Pahang (33,320), Johor (32,126), Pulau Pinang (31,189), Kedah (26,310), Negeri Sembilan (21,017), Terengganu (20,055), Kelantan (19,755), Melaka (11,094), Perlis (9,530), Putrajaya (4,621) dan Labuan (2,345). 

Sementara itu, Sarawak mencatat jumlah individu teramai melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 iaitu 10,643 diikuti Kelantan (7,922) dan Kuala Lumpur (7,769).

Seterusnya, Perak (7,197), Pahang (7,162), Johor (5,666), Terengganu (4,601), Kedah (4,469), Selangor (4,224), Negeri Sembilan (2,942), Pulau Pinang (2,756), Melaka (2,545), Sabah (1,796), Labuan (1,567), Perlis (1,561) dan Putrajaya (1,469).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari lalu itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. – BERNAMA

Tags: Imunisasivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vivo Teams Up With Award Winning Director

Next Post

Tambah Kumpulan Baharu Pemberian Vaksin Fasa 2

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

Tambah Kumpulan Baharu Pemberian Vaksin Fasa 2

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd