• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Muhyiddin Luaskan Hubungan Malaysia-Arab Saudi

oleh
11/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi baru-baru ini membuka lebih ruang memperluas hubungan dua hala dalam pelbagai bidang terutama perdagangan dan ekonomi di antara kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan, Khalid al-Falih berkata, banyak pencapaian sudah dicapai setakat ini menyaksikan Arab Saudi menjadi satu daripada rakan dagang utama dan 20 negara dari Timur Tengah dengan pelaburan besar di Malaysia.

Menurut Khalid, kerajaan mempunyai dua projek pelaburan yang sedang dibangunkan di Johor bernilai 64 bilion Riyal (1 Riyal = RM1.09) dan 44 projek lain bernilai lebih 1.038 bilion Riyal, sementara Malaysia pula telah melabur dalam 38 projek di Arab Saudi dengan nilai keseluruhan 1.59 bilion Riyal.

“Visi Arab Saudi 2030 memberikan peluang pelaburan luar biasa bagi pelabur dan syarikat terkemuka di dunia,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia pada Khamis.

Lawatan ini dilihat membawa kejayaan besar dengan termeterainya tiga perjanjian, pertama penubuhan Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia, kedua berkaitan kedatangan jemaah dan ketiga memorandum persefahaman (MoU) berhubung hal ehwal Islam. Kerajaan Arab Saudi juga bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji untuk jemaah Malaysia.

Dalam kenyataan yang sama, Menteri Perdagangan, Dr Majid Abdullah Al Qasabi berkata, pertukaran perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah 67 bilion Riyal selama lima tahun lalu dan Arab Saudi berada di kedudukan ke-13 antara negara pengeksport ke Malaysia.

“Sektor swasta berperanan penting dalam memacu kedua-dua negara mencapai kemajuan pertumbuhan dan pembangunan dalam hubungan ekonomi,” katanya.

Selain kerjasama ekonomi, Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan, Sheikh Dr Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh berkata, kedua-dua negara disatukan dengan ikatan kepercayaan, kepentingan bersama dan hubungan persaudaraan.

Menurutnya, Malaysia adalah negara pertama yang melaksanakan “Makkah Road Initiative”, bertujuan memudahkan jemaah haji dan umrah.

“Kementerian akan terus memperluas hubungannya dengan pihak Malaysia dalam semua bidang untuk melaksanakan Dakwah Islamiah, memelihara masjid dan meningkatkan prestasi imam serta pendakwah sesuai dengan visi kepemimpinan kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Dr Hamad Mohammed Al Sheikh berkata, lawatan Perdana Menteri membuka lebih banyak peluang kerjasama bidang sains, penyelidikan dan inovasi dan meningkatkan kerjasama antara universiti di Arab Saudi dan Malaysia.

“Kementerian Pendidikan setiap tahun menyediakan 300 biasiswa untuk pelajar Malaysia menyambung pengajian di universiti di Arab Saudi,” katanya.

Kini terdapat 797 penuntut Arab Saudi yang mendapat biasiswa menyambung pengajian di Malaysia.

Setakat ini katanya, lebih 20 MoU dan kontrak perkhidmatan ditandatangani antara universiti di Arab Saudi dan di Malaysia.

Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan berkata, lawatan bersama kepimpinan kedua-dua negara itu mengesahkan lagi hubungan erat Arab Saudi dan Malaysia serta hasrat untuk mencapai kepentingan bersama.

Beliau berkata, pengusaha dan syarikat Malaysia diundang untuk memanfaatkan peluang pelaburan dalam pelbagai bidang yang tersedia berdasarkan Visi 2030.

Dalam kerangka usaha bersama di peringkat antarabangsa untuk memerangi Covid-19 katanya, Arab Saudi telah mengambil inisiatif memberikan bantuan perubatan kepada pertubuhan antarabangsa dan pelbagai negara termasuk Malaysia. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiEkonomiMuhyiddin Yassinperdagangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kompaun Langgar PKP RM10,000 Mulai Hari Ini

Next Post

Kenyataan Majlis Presiden PH: Guan Eng Beri Keterangan

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

Next Post

Kenyataan Majlis Presiden PH: Guan Eng Beri Keterangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd