• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompaun RM10,000 Hanya Salah Faham

oleh
17/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengatakan individu yang melakukan kesalahan kecil dikenakan kompaun RM10,000 sejak beberapa hari lalu, hanya salah faham.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kadar RM10,000 yang ditulis dalam notis kompaun diberikan sebenarnya jumlah maksimum yang boleh dikenakan kepada pesalah.

“Apabila mereka dikemuka kompaun, bukan bermakna tawaran kompaun RM10,000, tapi boleh dikenakan sehingga RM10,000.

“Sekarang dengan adanya garis panduan, mereka boleh mendapatkan diskaun 50 peratus jika dibayar dalam tempoh tujuh hari atau 25 peratus jika dibayar dalam tempoh 14 hari.

“Tempoh diskaun itu akan dikira bermula hari ini, walaupun kompaun itu sudah dikeluarkan sebelum ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Takiyuddin berkata, kompaun bagi kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka, gagal menjaga penjarakan fizikal dan tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau merekod butiran diri ketika memasuki premis, ditetapkan kepada RM1,500.

Katanya, tawaran diskaun 50 peratus turut diberikan jika mereka membayar dalam tempoh tujuh hari, dan 25 peratus jika ia dibayar dalam tempoh lapan hingga 14 hari.

Takiyuddin berkata, tiada keperluan untuk individu dikenakan kompaun untuk menggunakan khidmat guaman kerana garis panduan yang dikeluarkan kerajaan hari ini sudah cukup jelas.

“Kalau masih tak puas hati (dengan diskaun ditawarkan), boleh isi borang permohonan pengurangan kompaun dan buat rayuan kepada pegawai di pejabat kesihatan daerah. 

“Apa pun, kesalahan tetap kesalahan. Kita kuat kuasakan perkara ini untuk mengawal penularan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan dan polis sudah memaklumkan kepada pegawai dan anggotanya supaya kompaun dikeluarkan sebagai langkah terakhir selepas teguran diberikan.

“Sekarang kita akan wujudkan pasukan penguatkuasaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang terdiri daripada polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan.

“Mereka akan pakai lilitan lengan bertulis ‘Team SOP’ dan beri nasihat atau amaran kepada orang awam. Kalau ingkar lagi, baru saman dikeluarkan,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19kompaunSOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd