• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kluster COVID-19 Golongan Berisiko Tinggi Dikesan Di Johor

oleh
30/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Satu kluster golongan berisiko tinggi dikesan di Johor hari ini, membabitkan kakitangan dan pesakit sebuah pusat hemodialisis di Kota Tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes indeks Kluster Kota Kemajuan adalah seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang dilaporkan positif Ahad lalu, hasil saringan individu bergejala.

“Kes mula bergejala pada 23 Mac lalu dan kluster itu membabitkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi.

“Sehingga hari ini, seramai 59 individu sudah disaring dengan lima kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan satu kluster tempat kerja membabitkan pelajar dan kakitangan sebuah pusat pendidikan di Jalan Pinang Raja 18/2, Shah Alam.

Katanya, kes indeks adalah lelaki warganegara tempatan berusia 60 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 hari ini hasil saringan individu bergejala.

Beliau berkata, 25 daripada 230 individu yang disaring dikesan positif COVID-19 dalam kluster berkenaan.

KKM juga, katanya, mengesan tujuh kluster baharu hari ini dengan lima daripadanya membabitkan tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Tujuh lagi kluster baharu dikesan hari ini ialah Kluster Jalan SC Satu dan Kluster Jalan Western di Selangor, Kluster Jalan Sulaiman di Kuala Lumpur, Kluster Batu Enam Setengah di Negeri Sembilan, Kluster Fasa Dua Semarak, Kluster Ranggu di Sabah dan Kluster Jalan Merak di Johor.

Dr Noor Hisham berkata, KKM merekodkan 1,359 kluster setakat ini dengan 990 kluster sudah tamat termasuk 13 kluster hari ini.

Ia merangkumi Kluster Jalan Yahya, Kluster Jalan Kempas Tiga, Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan Persiaran Cyber, Kluster Industri Cyber, Kluster Tapak Bina Digital Lapan, Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Jalan Lima, Kluster Perindustrian Lukut, Kluster Jalan Industri Rawang, Kluster Jalan Sri Putri, Kluster Jalan Enam, dan Kluster Jalan Tebrau Dua.

Beliau berkata, sebanyak 369 kluster masih aktif termasuk sembilan kluster baharu yang dilaporkan hari ini.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu hari ini sebanyak 50 kluster manakala pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Batu Enam Setengah (37 kes) dan Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (27 kes),” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd