• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Pembinaan SUKE Di Alam Damai Diarah Henti

oleh
22/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai, Cheras dihentikan serta-merta susulan sehingga situasi pembinaan disahkan selamat.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan di kawasan berkenaan juga ditutup sehingga siasatan selesai.

“Kita sudah mengarahkan kerja-kerja pembinaan dihentikan kecuali kerja-kerja menyelamat yang mungkin selesai sehingga 12 tengah malam ini,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian, hari ini. 

“Pihak pemaju juga sudah diarahkan untuk mencari jalan alternatif memandangkan penduduk di sebuah apartment berdekatan tidak mempunyai jalan raya lain untuk masuk ke kediaman itu,” katanya. 

Dalam kejadian 8 pagi tadi, tiga pekerja warga China maut manakala dua lagi terselamat dan seorang lelaki warga tempatan cedera selepas komponen kren gantri di tapak pembinaan laluan lebuh raya bertingkat terjatuh dan menghempap sebuah kereta. 

Beliau berkata, komponen kren gantri terjatuh ketika kerjapenyelenggaraan kren sedang dijalankan.

“Jika berlaku pemasangan beam, jalan raya di sini ditutup dan tadi hanya kerja-kerja penyelenggaran dijalankan. 

“Mangsa yang terbabit sedang melakukan penyelenggaran di situ,” katanya.

Beliau turut mengesahkan kejadian itu membabitkan kontraktor berlainan daripada kejadian yang mengakibatkan dua wanita pekerja kilang maut selepas kejadian perancah besi dalam pembinaan (SUKE) runtuh, di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), 3 Mac lalu. 

“Ketika ini pelbagai agensi termasuklah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Pasukan Bomba dan Penyelamat akan menilai cadangan keselamatan terbaharu bagi meneruskan kerja-kerja pembinaan di situ. 

“Kita sudah mengarahkan bahagian keselamatan daripada pihak pemaju dan kontraktor untuk memberi tindakan dari sudut keselamatan dan ia akan dinilai dari oleh agensi-agensi bertanggungjawab,” katanya. 

Beliau menjelaskan, projek pembinaan lebuh raya itu adalah di bawah LLM. 

“Saya sendiri sudah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia dan bahagian keselamatan pekerja adalah di bawah mereka. 

“Saya sendiri turun untuk melihat gambaran sebenar berbanding apa yang tersebar di media sosial. Namun setakat ini punca kejadian masih belum diketahui,” katanya. – myMetro Online

Tags: Lebuhraya SUKEprojek pembinaanstruktur besi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bina Pangsapuri 10 Tingkat Dalam 28 Jam

23/06/2021
0

BEIJING - Broad Group, pemaju berpangkalan di China mencipta sejarah apabila berjaya menyiapkan projek pembinaan bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam...

Mayat Warga China Tersepit Berjaya Dibawa Keluar

24/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Selepas hampir 48 jam, mayat seorang pekerja warga China yang terhimpit di antara struktur besi akibat komponen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd