Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kastam Dibekal Alat Pengimbas...

BUTTERWORTH - Kerajaan akan membekalkan beberapa buah alat pengimbas yang canggih bernilai RM700...

Mahathir Pinggir Masyarakat India...

CAMERON HIGHLANDS - Pencapaian masyarakat India di negara ini di bawah pimpinan Perdana...

Lelaki Maut Dihempap Wanita...

SEOUL - Malang tidak berbau apabila lelaki berusia 68 tahun maut selepas dihempap...

PKR Belum Bincang Permohonan...

SUBANG - PKR masih belum mempertimbangkan permohonan bekas menteri UMNO, Datuk Seri Salleh...

Kerajaan Tiada ‘Semak Dan Imbang’, Bila Sidang Parlimen? – Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dengan sinis memaklumkan bahawa pada zaman kerajaan Perikatan Nasional (PN), soalan kena tanya berulang kali.

Jelasnya, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita gembira iaitu bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri boleh beroperasi di seluruh negara dan juga solat terawih dibenarkan.

“Kalau begitu relevan lagikah darurat? Kalau semua sudah boleh, kerajaan sepatutnya beri tarikh kepada Yang Dipertua (YDP) Agong bila Parlimen boleh bersidang.

“Alasan ramai ahli Parlimen sudah tua paling tidak logik. Sudah tentu ramai warga emas akan pergi bazar ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih… alasan jangan melucukan.

“Ini soalan untuk PM (Perdana Menteri)… angka yang menurun sekarang ini adakah kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau kerana darurat? Hadapilah realiti dengan berani,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini.


Tambah Dr Puad lagi, sidang parlimen penting supaya eksekutif tidak melakukan kemungkaran tersembunyi kerana ketiadaan ‘semak dan imbang’.

“Ini alasan yang kerap kita dengar kenapa ‘darurat’ diisytihar dan ‘Parlimen digantung’ iaitu untuk memerangi COVID-19, mengurangkan politiking, ramai ahli Parlimen sudah tua serta faktor sains dan data,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Kategori