• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tidak Gentar Amaran Pulau Pinang

oleh
25/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Kerajaan negeri Kedah tidak gentar dengan amaran Pulau Pinang yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang bagi menghentikan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang dilaksanakan Kedah sekiranya ia mengancam bekalan air negeri terbabit.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, apa sahaja projek yang berlaku dalam negeri ini tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan beliau hanya memenuhi tanggungjawab menjaga Kedah.

Malah katanya, beliau sebelum ini berkali-kali membuka peluang rundingan dengan negeri jiran terbabit bagi membincangkan isu caj air mentah tetapi tidak diendahkan oleh Pulau Pinang.

“Jika dia (Pulau Pinang) mengambil tindakan mahkamah, kita akan pergi mahkamah. Hak dalam negeri Kedah. Tanah, tanah kita, sungai, sungai kita, tebing, tebing kita, projek, projek kita, duit, duit kita depa kacau apa?” katanya ketika ditemui selepas menziarahi rumah mangsa ribut di Kampung Sungai Kering, Sungai Limau Dalam di sini pada Khamis.

Menurutnya, Kedah tidak melancarkan sebarang peperangan dengan Pulau Pinang, sebaliknya jika negeri itu membayar caj air mentah seperti yang dinyatakan, Kedah akan turut menjaga kepentingan negeri terbabit.

“Kalau dia bayar, kita pun akan jaga kepentingan sebagai negeri yang turut menyumbang kepada pengaliran air daripada tadahan kita.

“Saya hormat jiran-jiran saya dan jiran ini juga ada hak-hak dia. Hak dia untuk tumpang kita dan sama-sama tolong kita memulihara kawasan hutan, tadahan dan aliran sungai.

“Tetapi apabila kita ada kepentingan kita sendiri, dia tidak boleh mengganggu negeri kita, itu hak kita dan ikut suka kita la,” katanya.

Tambah Muhammad Sanusi, mana- mana kerajaan negeri bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat di negeri terbabit.

“Kalau rakyat Pulau Pinang terjejas bekalan air, mereka perlu salahkan kerajaan Pulau Pinang. Jangan salahkan Kedah kerana Pulau Pinang yang degil tidak mahu membayar caj air mentah. Jadi tanggunglah akibatnya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: caj air mentahKedahPulau PinangTAPS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamuan Raya Tokong: ‘Jawab Saja Dengan Tegas Tak Boleh’ – Ridhuan Tee

Jamuan Raya Tokong: ‘Jawab Saja Dengan Tegas Tak Boleh’ – Ridhuan Tee

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil mengkritik polemik penganjuran jamuan Hari Raya Aidilfitri oleh sebuah...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd