Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

AS Usir Keluar Dua...

AMERIKA Syarikat (AS) mengarahkan dua diplomat kanan Venezuela untuk meninggalkan negara itu dalam...

Generasi Kedua & Peneroka...

PADANG BESAR - Enam insentif untuk warga Felda yang diumumkan kerajaan pada 23 Julai lalu...

Kecoh Batman, Captain America...

FIGURA dua adiwira ini sudah tentu tidak asing lagi bagi peminat cerita 'Superhero...

BN Adakan Mesyuarat Khas...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen...

‘Kebolehjangkitan Meningkat, Kekal Patuhi SOP’

KUALA LUMPUR – Orang ramai perlu mengukuhkan langkah pencegahan selepas kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (Rt) kembali meningkat sejak kebelakangan ini.

Memberi peringatan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setiap segmen masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk bersama membendung penularan jangkitan COVID-19.

Katanya, matlamat memutuskan rantaian penularan wabak hanya mampu dicapai sekiranya orang ramai terus berpegang kepada dua prinsip utama.

“Kita perlu mempunyai tanggungjawab sosial dan kadar kepatuhan yang tinggi untuk melandaikan semula lengkung penularan jangkitan,” katanya menerusi Twitter, @DGHisham, hari ini.

Berdasarkan unjuran Kementerian Kesihatan (KKM), penularan pandemik COVID-19 mampu mencatat penyusutan sehingga ke paras 500 kes menjelang Mei sekiranya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kesan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Bagaimanapun, angka berkenaan tidak kekal lama apabila kembali melonjak kepada 0.87 keesokannya, malah meningkat kepada 1.0 setakat semalam.


Kali terakhir Rt mencecah 1.0 dan ke atas ialah pada 4 Februari lalu, iaitu 1.09.

Kawalan kesihatan awam menerusi pelaksanaan PKP sebelum ini melakar kejayaan apabila 11 daerah di lima negeri di Semenanjung kembali ke zon hijau, antaranya Hulu Perak dan Kampar di Perak.

Turut mencatat perkembangan sama ialah Raub dan Cameron Highlands di Pahang; Hulu Terengganu, Dungun (Terengganu); Gua Musang (Kelantan), Kubang Pasu, Padang Terap, Langkawi serta Yan (Kedah).

Kes harian COVID-19 yang terendah sejak pelaksanaan PKP di enam negeri ialah 1,063 kes pada 16 Mac lalu dengan Putrajaya dan Perlis ketika itu mencatatkan sifar kes. – BH Online

Kategori