• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inflasi: Agak Rugi Kerajaan Hanya Ambil 5 Cadangan – Najib

oleh
31/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DARI FB NAJIB

BULAN lepas, saya beri amaran bahawa kadar inflasi akan mencanak naik jika kerajaan tak urus dengan baik.

Pagi ini, BNM mengumumkan mereka ramal inflasi akan melepasi kadar 5% pada bulan-bulan mendatang akibat kenaikan harga bahan api.

Sebab itu, pada Mac tahun lepas, saya pernah menyarankan supaya kerajaan mewujudkan harga lantai bagi petrol agar naik-turun harga tidak begitu besar dan cukai yang dikutip pada masa itu boleh digunakan untuk menstabilkan harga petrol yang sudah tentu akan naik semula.

Pada 17 Mac 2020 lalu sebelum PKP pernah bermula, saya pernah beri 6 cadangan kepada kerajaan PN (masa itu, mereka masih baik dengan saya).

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156830428855952

Agak rugi bahawa kerajaan ambil 5 daripada 6 cadangan diberi saya masa itu – termasuk menggunakan kaedah cash is king untuk memberi bantuan prihatin, moratorium pinjaman bank dan pengeluaran dari akaun 2 KWSP yang kemudiannya dikenali sebagai i-lestari.

Tapi cadangan harga lantai bagi petrol tidak diterima kerajaan.

Ini cadangan saya masa itu:

“3. Melaksanakan harga lantai (floor price) untuk RON95 dan diesel pada kadar RM1.50 satu liter (seperti idaman PH) ataupun pada kadar RM1.80.

– Peniaga-peniaga tidak akan mengurangkan harga barang pada masa harga minyak jatuh begitu ketara tetapi akan menaikkan harga barang apabila harga minyak naik semula.

– Golongan yang mendapat manfaat paling besar dari harga minyak rendah adalah golongan yang berkemampuan.

– Segala cukai tambahan yang dikutip apabila kos sebenar minyak dan diesel jatuh ke bawah harga lantai boleh diagihkan untuk bantuan golongan B40 dan peniaga-peniaga kecil yang terjejas akibat Covid.”

Sekarang, kerajaan PN perlu melawan inflasi pada ketika ramai masih menganggur dan pendapatan telah berkurang.

Bahayanya ialah inflasi akan terus naik dan kerajaan akan sukar untuk mengawalnya sebab cara utama biasanya ialah dengan menaikkan kadar faedah bank yang akan memberi impak besar kepada Rakyat yang sudah terhimpit dengan pendapatan yang berkurang dan juga memberi impak kepada kos kerajaan untuk membiayai hutang kerajaan yang sudah naik mencanak sejak PRU14.

Tags: kadar inflasiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OPR Berpotensi Kekal Jika Kadar Inflasi Terus Reda

OPR Berpotensi Kekal Jika Kadar Inflasi Terus Reda

25/01/2023
0

PUTRAJAYA : Kadar Dasar Semalaman (OPR) berpotensi kekal pada paras 2.75 peratus jika kadar inflasi di negara ini terus mereda...

Kadar Inflasi Malaysia Mula Catat Penurunan

Kadar Inflasi Malaysia Mula Catat Penurunan

20/01/2023
0

PUTRAJAYA : Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia mereda kepada 3.8 peratus pada Disember 2022, berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd