• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Illi Najwa Tak Pernah Keluar Islam

oleh
18/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussein Saddique, yang perkahwinannya dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar menimbulkan kontroversi tahun lalu, tidak pernah keluar daripada Islam.

Hasil siasatan berkenaan dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin yang menghadap baginda di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini, hari ini. 

Turut menghadap Sultan Johor dalam pertemuan berkenaan adalah Illi Najwa.

Pada pertemuan Sultan Johor, Mufti Johor turut mempersembahkan hasil siasatan penuh JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangannya.

Yahya berkata, siasatan secara menyeluruh dijalankan oleh JAINJ dan mendapati Illi Najwa masih Islam.

“Pihak JAINJ memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka.

“Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan,” katanya yang dimuat naik akaun Facebook rasmi Sultan Johor.

Disember lalu, Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.

Sultan Johor dilaporkan bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Mengulas lanjut, Yahya berkata, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

“Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya.

Disember lalu, kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique.

Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu. Majlis resepsi diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan. – BH Online

Tags: Illi NajwaislamJAINJperkahwinanSultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

TERKINI: ‘Saya Baru Hantar Isteri Ke KLIA, Terkejut Bila Dapat Khabar Kematiannya’

Tak Boleh Berdoa Di Kubur Bukan Islam Kecuali…

19/05/2024
0

Kuala Lumpur: "Pada prinsip asasnya tidak boleh doa kepada orang bukan Islam di perkuburan itu. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd