• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Swasta Dibenar Kendali Kes Positif COVID-19

oleh
10/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 186 pengamal perubatan swasta diberikan kuasa di bawah Seksyen 10 (2) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 bagi mengendalikan kes positif COVID-19 berkuat kuasa esok, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. 

Beliau berkata semua mereka berkuasa mengeluarkan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID serta arahan pemakaian gelang kuarantin.

“Pengamal perubatan swasta ini dibenar mengendalikan kes positif COVID-19 di tempat mereka bekerja sama ada di klinik atau hospital swasta,” katanya selepas melancarkan buku ‘The COVID-19 Chronicles of Malaysia | Navigating the Storm’, hari ini. 

Mengenai pecahan pengamal perubatan swasta terbabit mengikut negeri, Dr Adham berkata, Selangor mempunyai jumlah tertinggi iaitu 66, diikuti Kuala Lumpur (43), Johor (26), Pulau Pinang (16) dan Negeri Sembilan (13).

Selebihnya adalah masing-masing empat di Melaka dan Perlis, Perak dan Terengganu masing-masing tiga, Pahang, Kelantan dan Sabah masing-masing dua, manakala Kedah dan Putrajaya masing-masing satu. 

Dr Adham berkata, Pejabat Kesihatan Daerah diberi tanggungjawab menyediakan garis panduan kepada pengamal perubatan swasta terbabit. 

Mengenai proses vaksinasi bagi barisan hadapan, Dr Adham berkata, sasaran 60 peratus daripada 500,000 petugas barisan hadapan mendapat suntikan vaksin COVID-19 dijangka dicapai minggu ini. Hingga kini, 195,923 individu telah mendapat suntikan.

Seramai 4.68 juta rakyat negara ini telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. – BERNAMA

Tags: Covid-19doktor swastapengamal perubatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rampasan Rokok Seludup RM52 Juta, Terbesar Dalam Sejarah Negara

Next Post

Lawatan PM Ke Arab Saudi Kukuh Hubungan KL-Riyadh

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Lawatan PM Ke Arab Saudi Kukuh Hubungan KL-Riyadh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd