• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Tak Akan Bersidang Sehingga 1 Ogos

oleh
03/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan sehingga 1 Ogos, bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan penangguhan itu dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan di dalam bangunan Parlimen. 

“Ketika darurat, Yang di-Pertuan Agong boleh buat ordinan. Agong sudah boleh gubal undang-undang. Keperluan Parlimen bersidang untuk buat undang-undang tidak ada. Fokus kita adalah COVID-19. Jadi kita boleh tangguhkan dulu (sidang Parlimen).

“Di Parlimen sekarang ini, ada 220 Ahli Parlimen. Dua meninggal dunia, Gerik dan Batu Sapi. Daripada 220 orang, seramai 77 Ahli Parlimen berumur 61 hingga 69 tahun. Ini kumpulan berisiko. Umur dari 71 hingga 79 tahun ada 19 orang, 80 tahun ke atas ada empat orang.

“Jadi, hampir sebahagian Ahli Parlimen kita adalah kumpulan berisiko. Kita tidak mahu Ahli Parlimen terdedah dengan perkara ini (kerana) kita berada dalam satu kawasan yang tertutup.

“Bila bersidang juga, sekurang-kurangnya seorang Ahli Parlimen ada tiga pegawai. Kemudian (pegawai) kementerian pun kena hadir juga,” katanya pada sidang media, di Putrajaya hari ini.

Turut sama hadir pada sidang media itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Takiyuddin mengulas gesaan kalangan Ahli Parlimen terutama pembangkang yang mahu supaya kerajaan memulakan sidang Parlimen susulan kenyataan Istana Negara sebelum ini bahawa sidang Parlimen tidak digantung. 

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, kenyataan Istana Negara sebelum ini adalah menjelaskan mengenai Seksyen 14(1) Ordinan Darurat bahawa sepanjang tempoh darurat sidang Parlimen ditiadakan, bukannya digantung. 

“Sekarang Jemaah Menteri menasihati Agong tidak ada sidang Parlimen, itulah keadaannya. Agong mahu nyatakan perlu ada keputusan dari Jemaah Menteri bukan Perdana Menteri. Jadi di sini, apabila Kabinet membuat nasihat, kita menangguhkan bukan menggantung,” katanya. 

Beliau berkata, ketika darurat 1969 dulu, Parlimen tidak bersidang selama dua tahun kerana semua proses undang-undang dalam tempoh itu dibuat oleh Agong. 

“Jadi di sini, tidak timbul kerajaan menggantung Parlimen kerana darurat kita hingga 1 Ogos, selama enam bulan 20 hari. Kalau pun tiada sidang Parlimen, Perdana Menteri memberi jaminan, selepas habis darurat akan dipanggil sidang Parlimen,” katanya. 

Pada 12 Januari lalu, Istana Negara dalam kenyataan menyebut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal, jika kes positif COVID-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal. – BH Online

Tags: Covid-19Dewan RakyatParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd