• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Kotor Gagal Pikat Ahli Parlimen Cameron Highland

oleh AK-47
29/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah cuba memberikan tawaran kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor untuk keluar daripada UMNO.

Wan Rosdy berkata, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa parti itu telah memujuk Ramli untuk menyertai mereka, namun usaha tersebut tidak berhasil.

“Mereka ini sudahlah tidak ikhlas, main kotor pula tu. Saya ada bukti yang kukuh, mereka telah berusaha memujuk dan memikat Ahli Parlimen Cameron Highlands untuk menyertai parti mereka.

“Namun usaha itu gagal kerana ahli Parlimen Cameron Highlands ternyata seorang yang sangat setia kepada parti.

“Saya nak bagi tahu kepada parti Bersatu, tindak tanduk sedemikian tidak gentleman, adalah lebih baik jika parlimen dibubarkan segera. Kena ingat, kerajaan kita adalah sebuah kerajaan demokrasi, dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat. Adalah wajar, mandat dipulangkan segera kepada rakyat demi kestabilan negara yang kita cintai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan usul menyokong ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang itu turut menegaskan bahawa, pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah menurut status-quo yang merujuk kepada kesemua 33 kerusi yang dikuasai UMNO, MCA dan PAS.

“Manakala, sembilan kerusi yang ketika ini diduduki Ahli Dewan Negeri pembangkang, akan dibincangkan apabila sampai masanya nanti, dalam semangat Muafakat Nasional.

“Begitu juga di peringkat Parlimen, UMNO Negeri menguasai sembilan daripada 14 kerusi.

“Dengan mengekalkan status quo untuk sembilan kerusi yang telah dimenangi, bermakna, lima lagi kerusi yang dikuasai pembangkang, akan ditentukan calonnya sesama parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) Negeri dan PAS,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Tags: ahli parlimen umnoRamli Mohd NorWan Rosdy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Tolak Sertai ‘Rumah Bangsa’ Anjuran UMNO

PAS Tolak Sertai ‘Rumah Bangsa’ Anjuran UMNO

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – PAS menegaskan pendiriannya untuk tidak menyertai gagasan ‘Rumah Bangsa’ yang diketengahkan oleh Presiden UMNO kerana...

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

25/02/2026
0

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan bahawa sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd