• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Kluster Tempat Kerja Paling Banyak

oleh
15/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kluster tempat kerja terus mendominasi jumlah kluster aktif dengan 12 kluster baharu direkodkan setakat hari ini, manakala satu lagi kluster keagamaan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster tempat kerja direkodkan di Selangor dan Johor, manakala masing-masing satu di Sarawak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Katanya, kluster berkaitan aktiviti keagamaan pula direkodkan di Kedah.

“Kluster baharu di Selangor ialah Kluster Sungai Puloh (Klang), Kluster Batu Tiga Lama dan Kluster Perusahaan Amari. 

“Di Johor, Kluster Jalan Mega Lima, Kluster Jalan Delima dan Kluster Batu 19, manakala Sarawak merekodkan Kluster Jalan Tanjung.

“Selain itu, KKM merekod Kluster Gunung Mas di Negeri Sembilan; Kluster Jalan Lapan Belas di Kuala Lumpur; Kluster Tapak Bina Meha di Kedah;, Kluster Kampung Air Batang di Pahang; dan Kluster Chendering Height di Terengganu, manakala Kluster Jalan Sekerat di Kedah adalah kluster keagamaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hingga kini, 431 kluster masih aktif di seluruh negara dengan 56 kluster merekodkan pertambahan kes baharu.

Sementara itu, katanya, enam kluster tamat iaitu Kluster Jalan Tropicana, Kluster Pengkalan Teras, Kluster Jalan Perindustrian Getah, Kluster Lengkok Pantai, Kluster Tabong, dan Kluster Jalan Niaga. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd