• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belia Perlu Lengkapkan Diri Dengan Pelbagai Kemahiran

oleh
05/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belia di Malaysia perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk kekal berdaya saing seiring pemulihan ekonomi global ketika pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, adalah penting untuk belia mendapat kumpulan kemahiran yang tepat khususnya memandangkan negara semakin memberi fokus kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan mewah.

“Bakat adalah kunci untuk kita menjadi negara berdaya saing memandangkan kita juga mahu meraih ekonomi berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan,” katanya selaku ahli panel pada Forum Ekonomi Belia (YEF) 2021 secara maya hari ini. 

Beliau berkata, ketika Malaysia memulakan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) (2021-2025), masih banyak yang perlu dilakukan dalam penggunaan teknologi.

Mustapa memetik Korea Selatan sebagai contoh di mana kemajuan teknologi telah menjadi signifikan meskipun kedua-dua negara berada pada paras pertumbuhan yang serupa 40 tahun lepas.

“Kita harus melakukan pengubah terutamanya dalam kualiti pendidikan dan pelaburan kerana wujud keperluan untuk mengubah pendidikan dan dasar vokasional kita untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti dan tangkas.

“Keperluan ini perlu dilaksanakan secara berkesan di lapangan. Kita perlu bersikap tegas dan melakukan penambahbaikan,” kata Mustapa.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 telah mendedahkan beberapa isu struktur kerajaan dan turut menekankan keperluan bagi memperkukuhkan perusahaan mikro untuk memanfaatkan pendigitalan – isu yang perlu ditangani dengan agresif.

Mustapa berkata kerajaan juga perlu memperoleh kemahiran baharu untuk menangani situasi ini dengan lebih baik dalam norma baharu.

Ini termasuk melaksanakan perubahan dalam pasaran buruh, menyediakan perlindungan sosial yang mencukupi dan menambah baik undang-undang sedia ada serta melaksanakan program vaksin Covid-19 dengan lebih berkesan.

Beliau berkata sektor swasta juga perlu menyesuaikan dengan landskap ekonomi baharu memandangkan ekonomi gig dan perkongsian ekonomi menjadi semakin penting dengan kemajuan dunia digital. – BERNAMA

Tags: BeliaEkonomi Globalpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd