• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Pendidikan Anak Bangsa

oleh
24/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INI perihal sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Diperketatkan (PKPD), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) pernah didengari rakyat Malaysia.

Ramai wakil rakyat ketika itu mendabik dada mereka prihatin terhadap pendidikan anak bangsa. Benarkah begitu? Adakah justifikasi itu ‘real’?

Ironinya tidak banyak dapat dilihat insiatif-inisiatif berkaitan di kebanyakan kawasan waktu itu. Jika ada pun hampir kebanyakannya bersifat ‘touch n go’.

Apa yang cuma kita nampak program pendidikan setempat, bantuan pembelajaran dirasmikan penuh gemilang terbilang.

Bukan sedikit wang rakyat dibelanjakan untuk ucapara ‘mega-mega’ itu. Kemudian pelaksanaannya tidak konsisten. Suram begitu sahaja.

Ini bukan kritikan merapu atau mahu merendahkan sesiapa? Ini realiti hipokrasi dan kepura-puraan yang menjelikkan sejak sekian lama.

Situasi perlu diubah kerana peranan wakil rakyat membantu pendidikan anak bangsa paling kritikal ketika ini iaitu pada waktu pandemik Covid-19.

Selepas berapa lama anak-anak kita tidak bersekolah disebabkan ancaman wabak, bermakna ramai dalam kalangan mereka sedang tercicir dalam pelajaran.

Wakil rakyat yang sepatutnya paling hampir dengan masyarakat setempat berbanding kerajaan Pusat perlu melakukan sesuatu.

Wakil rakyat sepatutnya memainkan peranan proaktif membantu anak-anak ini. Bukan menyalahkan sana sini kerana itu langsung tidak membantu.

Setakat ini wakil rakyat paling keterlihatan dalam membantu pendidikan anak bangsa secara serius sama ada sebelum mahupun selepas pandemik Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Malah telah bermula sejak 25 tahun lalu melalui program tuisyen percuma Darul Falah untuk anak-anak kawasan Parlimennya.

Program tuisyen percuma Darul Falah itu bersifat ‘on going’ dan berjalan secara sistematik serta teratur di Jeli, Kelantan tanpa banyak ‘cekadak’.

Program tuisyen percuma itu pada mulanya diadakan di kediamannya pada tahun 1996 dan kemudian diadakan di sekolah sekitar Jeli.

Pada awal penubuhannya, ia memberi tumpuan kepada meningkatkan penguasaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Selepas melihat keberkesanannya, ia mula diperluaskan skop pengajaran dan pembelajaran dengan membabitkan mata pelajaran teras.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Kubur Datu pada 2019 pernah mengakui keprihatinan Dato’ Pa terhadap pendidikan anak-anak Jeli tidak boleh dipertikaikan.

Menurut beliau, pelbagai sumbangan diberikan termasuk bantuan pakaian dan beg sekolah selain tuisyen percuma di Darul Falah dan sumbangan alat tulis kepada calon UPSR.

Namun berikutan pandemik Covid-19, program tuisyen percuma itu ketika ini ditumpukan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan sahaja.

Bagaimanapun pelbagai aktiviti pendidikan lain yang lebih menjamin SOP tetap diadakan di Jeli seperti pertandingan menulis karangan dan sebagainya.

Bukankah elok begitu. Jika penulisan ini dianggap terlalu memuji-muji Mustapa Mohamed, ya memang sosok itu perlu dipuji diatas apa yang dilakukannya.

Wakil rakyat lain sila ‘jealous’ dengan segala pujian ini. Jika berasakan ia sesuatu yang baik, lakukan sahaja perkara serupa atau ‘just copy paste’.

Tidak perlu terlalu mendambakan pujian, kerana pujian akan hadir tanpa dipaksa apabila apa-apa sahaja dilakukan secara ikhlas dan jujur. – Mynewshub.TV

Tags: jeliMustapa MohamedPendidikanwakil rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ustaz Didakwa Liwat, Amang Seks Pelajar

Next Post

Penafian Azmin Tidak Membantu Negara Melangkah Ke Hadapan

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

Next Post

Penafian Azmin Tidak Membantu Negara Melangkah Ke Hadapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd