• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Siap Siaga Ugutan Korea Utara

oleh
24/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR- Angkatan Tentera Malaysia meningkatkan tahap kesiapsiagaan, antaranya menumpukan kepada ancaman siber dalam memastikan data rahsia kerajaan berada dalam keadaan selamat, susulan kenyataan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song baru-baru ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang, berkata negara kini bukan sahaja berhadapan dengan ancaman fizikal tetapi juga ancaman siber, namun perkara itu masih terkawal.

“Pertama sekali ATM akan memastikan negara berada dalam keadaan selamat, kita juga meningkatkan kesiapsiagaan dalam perkembangan siber,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao ke-16 (TPA-M16) di Wisma Perwira ATM di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, ancaman siber menjadi antara tumpuan utama pasukannya, kerana sudah menjadi rutin kehidupan masyarakat masa kini banyak bergantung kepada teknologi siber dalam urusan harian, seperti membeli barang atau pembayaran secara dalam talian dan sebagainya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan yang diberikan Kim pada Ahad lalu, yang mengatakan Malaysia perlu menanggung akibat daripada tindakan mengenakan pendakwaan terhadap rakyatnya.

Ahad lalu, semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia, berlepas pulang ke negara mereka susulan keputusan Pyongyang menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

Pada Jumaat, Pyongyang mengumumkan ia menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, apabila pada awal bulan ini mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat, untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Pada hari sama, Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, ia kesal dengan keputusan Korea Utara itu dan sebagai tindak balas, Malaysia akan menutup kedutaan negara berkenaan di sini yang operasinya sudah digantung sejak 2017.

Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973, serta mengecapi pelbagai pencapaian diplomatik dan perdagangan hinggalah pada 2017, apabila Kim Jong-nam iaitu abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia.

Terdahulu, Affendi menyempurnakan majlis perasmian Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao ke-16 (TPA-M16) yang akan berlepas ke Mindanao, Filipina pada Jumaat ini (26 Mac).

Pasukan TPA M-16 yang diketuai Timbalan Ketua Misi Mejar Jen Datuk Hamdan Ismail bersama 16 pegawai dan anggota daripada ATM, Polis Diraja Malaysia dan penjawat awam, menggantikan TPA M-15 yang dijadual tiba di tanah air pada 10 April.

Penghantaran TPA M-16 selama 12 bulan itu adalah bagi meneruskan tugas-tugas berpandukan Terma Rujukan bagi pemantauan dan mengawasi proses gencatan senjata antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). – BERNAMA

Tags: ATMKeselamatan SiberKorea Utara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Tidak Akan Bekerjasama Dengan PKR – Zahid

Next Post

Sijil Vaksinasi: Malaysia, Singapura Guna Teknologi Blok Rantai

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

07/09/2024
0

SEOUL : Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya...

Next Post

Sijil Vaksinasi: Malaysia, Singapura Guna Teknologi Blok Rantai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd