• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksem Di Bawah PDRM Mampu Sekat Pencerobohan Lebih Efisien

oleh
25/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah meletakkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menyekat pencerobohan masuk warga asing ke dalam negara dengan lebih berkesan dan efisien, terutama ketika penularan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu bertujuan menstruktur semula dan memperkasakan strategi kawalan sempadan negara secara holistik bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan rakyat kekal terpelihara.

“Bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan, kerajaan baru-baru ini telah bersetuju untuk meletakkan Aksem di bawah tanggungjawab PDRM,” katanya dalam amanatnya sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini pada Khamis.

Beliau berkata, menerusi Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017, Aksem adalah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang melaksanakan kawalan di sempadan darat negara terhadap kegiatan penyeludupan atau kegiatan tidak sah yang lain.

Sebelum ini, keanggotaan Aksem melibatkan lima agensi sedia ada iaitu PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, dan peranan Aksem kini diletakkan di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA).

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut mengucapkan syabas kepada PDRM bersama agensi dan jabatan kerajaan lain yang telah mengawal sempadan negara daripada dibolosi warga asing dalam beberapa operasi berterusan seperti Op Pasir dan Op Benteng.

Beliau berkata lebih membanggakan, walaupun hampir seluruh kekuatan telah dikerahkan untuk penugasan Op Covid-19, PDRM tetap berjaya mengimbangi keutamaan perkhidmatan pasukan memerangi jenayah serta mengekalkan rasa selamat dalam kalangan rakyat sekali gus memastikan keamanan negara.

“Mereka adalah antara “the real frontliners” (barisan hadapan yang sebenar) yang telah bertungkus lumus mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah penjenayah atau orang tidak bertanggungjawab, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembelian kamera badan untuk kegunaan anggota polis.

Katanya, dengan penggunaan kamera badan berteknologi tinggi dan canggih, beliau percaya moral dan keyakinan anggota PDRM dapat dipertingkatkan semasa melakukan operasi dan penugasan yang telah ditetapkan. – BERNAMA

Tags: AKSEMHari Polis Ke-214pandemik COVID-19PDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd