• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Zahir Ucapan Tahniah Kepada Zii Jia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pemain badminton negara Lee Zii Jia di atas kejayaan merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Seluruh England semalam. 

Dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda menzahirkan suka cita dan bangga atas kejayaan Zii Jia yang menjulang serta mengharumkan nama negara di persada dunia. 

Titah baginda, sesungguhnya kejayaan itu menggembirakan seluruh rakyat Malaysia dan baginda turut menzahirkan harapan semoga ia menjadi suntikan semangat kepada Zii Jia berlatih lebih keras untuk lebih cemerlang pada masa hadapan.

“Seri Paduka Baginda mengucapkan selamat maju jaya kepada Lee Zii Jia, semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan terus mengharumkan nama negara di persada dunia,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Al-Sultan Abdullah berharap kejayaan Zii Jia itu juga dapat menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia supaya bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing.

“Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Badminton Malaysia, di bawah teraju Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, dan barisan kejurulatihan atas kejayaan Lee Zii Jia itu,” kata kenyataan itu lagi. – myMetro Online

Tags: badmintonseluruh englandYang di-Pertuan AgongZii Jia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd