• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

941 Kes Baharu Covid-19, Terendah Setakat Tahun Ini

oleh
29/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas hampir empat bulan kes harian COVID-19 dilaporkan empat angka, hari ini buat pertama kali Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan jumlah kes tiga angka dengan 941 kes baharu sehingga tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi statistik di media sosialnya, berkata ketika ini negara sudah mencatat sejumlah 342,885 kes positif COVID-19 sejak penularannya di negara ini pada akhir Januari tahun lalu. 

Berdasarkan statistik yang dikongsi itu, Selangor mencatatkan 219 kes positif baharu hari ini, diikuti Sarawak (192) dan Johor (171), manakala Perlis kekal pada angka sifar. 

Kali terakhir KKM merekodkan kes tiga angka pada 9 Disember tahun lalu.

Dr Noor Hisham berkata, ketika ini jumlah kes aktif adalah sebanyak 14,219 kes. 

Beliau berkata, sebanyak 933 daripada 941 kes direkodkan hari ini membabitkan jangkitan tempatan dengan 653 warganegara, warga asing (280) dan lapan kes lagi membabitkan kes import iaitu dua rakyat negara ini dan enam bukan warganegara.

“Sebanyak 166 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 73 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“KKM juga merekodkan lima kes kematian berkaitan COVID-19, iaitu empat warganegara dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian membabitkan wabak itu sebanyak 1,260 kes atau 0.37 peratus daripada kes yang dilaporkan setakat ini.

“Sebanyak 1,097 kes pulih juga dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya di negara ini sebanyak 327,406 kes atau 95.5 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd