• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7.3 Juta Rakyat Mendaftar Terima Vaksin COVID-19

oleh
30/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah pendaftaran penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera mencapai 7,329,610 semalam, meningkat hampir 10,000 berbanding kelmarin.

Data dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Twitter hari ini, menunjukkan jumlah itu kini meliputi 30.21 peratus daripada 24.3 juta populasi Malaysia berusia 18 tahun ke atas, yang disasarkan menerima vaksin COVID-19 menjelang suku pertama tahun depan.

Jumlah itu dicapai dalam tempoh 35 hari selepas pendaftaran untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menerusi MySejahtera mula dibuka pada 23 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan kadar pendaftaran terendah berbanding populasi, apabila 11.32 peratus atau 332,048 daripada lebih 2.9 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas mendaftar dalam tempoh berkenaan.

Sabah juga mencatat kadar pendaftaran paling perlahan, sekitar 1.43 peratus dalam tempoh tujuh hari lalu, berbanding negeri lain yang mencatat pertambahan antara 3.47 hingga 5.57 peratus dalam tempoh sama.

Secara keseluruhan, Putrajaya merekodkan kadar pendaftaran tertinggi berbanding populasi, dengan 47,412 atau 83.3 peratus daripada lebih 56,000 penduduknya mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

Ia disusuli Kuala Lumpur (619,129); Selangor (2.01 juta); Pulau Pinang (515,886); Negeri Sembilan (306,687); Melaka (236,805); Johor (942,337) dan Labuan (23,840).

Selain itu, Sarawak (519,921); Perak (533,850); Perlis (50,002); Kedah (395,680); Pahang (297,833); Terengganu (200,368); Kelantan (216,568) dan Sabah (332,048).

PICK mensasarkan untuk memberi vaksin kepada kira-kira 80 peratus populasi Malaysia berusia 18 tahun ke atas menjelang suku pertama tahun depan, bagi mencapai imuniti kelompok terhadap COVID-19.

Malaysia berada dalam Fasa 1 PICK yang mensasarkan untuk memberi vaksin sekurang-kurangnya kepada 500,000 petugas barisan hadapan menjelang April, manakala Fasa 2 akan bermula pada 19 April.

Fasa 2 imunisasi dijadualkan sehingga Ogos depan adalah untuk kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa 3 pula dijadualkan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan dan disasarkan untuk 13.7 juta penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing. – BH Online

Tags: mysejahteravaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

15/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) disaran mengguna pakai lima langkah strategik untuk mengawal penularan kes COVID-19 di negara ini termasuk...

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd