Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Mahkamah The Hague Tolak...

THE HAGUE: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan Kumpulan Sulu untuk...

Imam Muda Ammar Tak...

GARA-GARA status ditulisnya di Facebook mengenai isu pengambilan vaksin, teruk Imam Muda Ammar...

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini...

Gadis ‘Payungkan’ Nenek Cina...

SEKEPING gambar yang memaparkan seorang wanita muslim menggunakan kain tudung untuk menutup kepala...

6.4 Juta Rakyat Mendaftar Penerima Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 6.4 juta penduduk sudah mendaftar bagi pengambilan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera, sehingga 23 Mac lalu, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau berkata, setakat ini jumlah pemberian dos pertama dan dos kedua ialah sebanyak 481,989.

“Selangor mencatatkan penerima dos pertama vaksin tertinggi iaitu sebanyak 58,552, manakala Sarawak mencatatkan penerima kedua-dua dos vaksin tertinggi sebanyak 10,166,” katanya ketika berucap pada Program Pemerkasaan Komuniti yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, sehingga pemberian vaksin dapat mencapai sasaran yang ditetapkan, negara masih lagi mengharungi suatu tempoh yang sukar dalam memerangi wabak Covid-19. 

Katanya, walaupun kes positif baharu kini semakin menurun, tetapi bilangan kes aktif masih tinggi. 


“Pendekatan kerajaan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022 untuk mengurangkan penularan virus Covid-19,” katanya.

Menurutnya, antara kaedah terbaik bagi menangani penularan jangkitan ini dalam kalangan komuniti juga adalah dengan memastikan komuniti sendiri meningkatkan usaha dan berperanan sebagai pejuang barisan hadapan. – myMetro Online

Kategori