• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Negeri Ditukar Kepada PKPB, Hanya Dibenar Rentas Daerah

oleh
02/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hanya membenarkan rentas daerah kecuali di Sabah, manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Selain itu, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal kepada PKPB.

“Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status daripada PKPB kepada PKP Pemulihan (PKPP).

“Sementara Perlis kekal sebagai negeri berstatus PKPP,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes Covid-19 di seluruh negara ketika ini menunjukkan trend penurunan.

Katanya, kadar kebolehjangkitan atau nilai R-Naught juga mulai turun dari 1.2 kepada 0.8 peratus, malah kes kluster dan sporadik serta kes dalam komuniti juga didapati menurun.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan membuat pengumuman mengenai status PKP dan PKPB dalam tempoh dua minggu sekali berdasarkan penilaian yang dibuat KKM.

“Dua minggu adalah tempoh inkubasi, jadi setiap dua minggu sekali KKM akan membuat penilaian dan keputusan (mengenai status PKP/PKPB) akan dibuat,” katanya.

Pada 11 Januari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP 2.0 bermula 13 hingga 26 Januari di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Turut diumum penguatkuasaan PKP Bersyarat (PKPB) di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Sementara, PKP Pemulihan (PKPP) pula dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

PKP di tujuh negeri termasuk terbaru di Kelantan kemudiannya dilanjutkan lagi sehingga 4 Februari.

Pada 2 Februari, Ismail Sabri mengumumkan PKP yang sepatutnya berakhir 4 Februari dilanjutkan dua minggu lagi bermula 5 hingga 18 Februari di seluruh negara kecuali Sarawak yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB).

Pada 16 Februari Ismail Sabri mengumumkan PKP di empat negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang diteruskan hingga 4 Mac.

Bagaimanapun, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar kepada PKPB, manakala Perlis melaksanakan PKPP. – myMetro Online

Tags: PKP 2.0PKPBrentas daerah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Potong Barisan Suntik Vaksin, Exco Lapor Polis

Next Post

Mufti Pahang Nasihat Sajat Henti ‘Binasakan’ Diri Sendiri

Related Posts

Dapatkan Surat Kebenaran Polis

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Ibu bapa dan pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin COVID-19 yang mahu merentas daerah atau negeri...

7 Selebriti Dikompaun Berjumlah RM19,000

22/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Tujuh selebriti yang disiasat berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada...

Next Post

Mufti Pahang Nasihat Sajat Henti 'Binasakan' Diri Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd