Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Pakej Kurangkan Kos Bina...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk mewujudkan pakej yang akan memberi...

Penjelasan Di Sebalik Arahan...

MENCETUSKAN persoalan orang ramai di media sosial gara-gara satu gambar surat rasmi yang...

6 Dicekup Cuba Jual...

SINGAPURA - Sebanyak 45 jongkong emas palsu dirampas dan enam lelaki ditangkap kerana...

Adam AF2 Gembira Ada...

BEKAS peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam mengakui berasa gembira apabila mendapat...

1,647 Kes Baharu Covid-19, 2,104 Sembuh, 9 Kematian

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1,647 kes positif baharu Covid-19 direkodkan, hari ini, enam hari berturut-turut di bawah 2,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif itu membabitkan 1,642 kes tempatan dan lima kes import dengan jumlah keseluruhan kes dalam negara sebanyak 319,364.

Beliau berkata, sebanyak 2,104 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan 300,620 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 712 kes membabitkan 619 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti Johor sebanyak 170 kes dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Beliau berkata, sembilan kes kematian dicatatkan pada hari ini, dan semuanya membabitkan warganegera dengan jumlah 1,200 kes kumulatif. 

Menurutnya, sebanyak 147 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 61 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – myMetro Online

Kategori