• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,384 Kes Baharu Covid-19, 6 Kematian, 1,058 Pulih

oleh
23/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,384 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 335,540 kes dengan jumlah kes aktif 14,454 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sembilan kes import dilaporkan manakala 1,375 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 625 kes diikuti Johor (161 kes) dan Sarawak (140 kes).

“Sebanyak 37 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (29 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (lima kes), Kluster DTI Sepang 2 (satu kes), Kluster Jalan Awang (satu kes) dan Kluster Telok Mas (satu kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 148 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 1,058 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 319,842 kes atau 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat enam kes kematian dilaporkan hari ini dengan masing-masing dua kes di Sarawak dan Selangor dan masing-masing satu kes di Kelantan serta Johor berusia antara 56 hingga 85 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,244 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd