• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,268 Kes Baharu COVID-19, 2 Kematian, 1,083 Sembuh

oleh
24/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,268 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul 336,808 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi, dengan 490 kes. 

Daripada jumlah itu, katanya, 412 kes (84.1 peratus) dari kluster sedia ada dan saringan kontak rapat COVID-19. 

Beliau berkata, ini diikuti oleh Sarawak dengan 141 kes baharu (11.1 peratus) dan Johor sebanyak 135 kes (10.6 peratus).

“Selain itu, 41 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula berkaitan kluster dalam penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI). 

“Ini membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (27 kes), Kluster Tembok Tapah (tujuh kes) dan masing-masing tiga kes dalam Kluster Depot Imigresen Semuja, Kluster DTI Sepang 2 serta satu kes di Kluster Tembok Pengkalan Chepa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, negeri lain yang mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Pulau Pinang iaitu 99 kes, Negeri Sembilan (59); Kuala Lumpur (53); Melaka (52); masing-masing 49 kes dilaporkan di Kedah dan Kelantan; Sabah (45); Pahang (43) dan Perak (42). 

“Tiga negeri lagi mencatatkan pertambahan kes satu angka, iaitu Putrajaya dengan enam kes, Terengganu (4 kes) dan Labuan (1 kes). Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

“Sehingga kini kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah sebanyak 14,637 kes, iaitu 161 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 73 kes masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, dua kematian hari ini membabitkan lelaki warganegara berusia 43 dan 77 tahun di Selangor. 

Mengenai kluster baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata, empat klutser dikesan iaitu dua di tempat kerja, manakala masing-masing satu dalam kalangan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi. 

“Dua kluster di tempat kerja ini membabitkan saringan individu bergejala dan bersasar membabitkan pekerja kilang. Kluster pertama dikenali sebagai Kluster Jalan Wawasan Dua di Batu Pahat, Johor dan sehingga kini sudah menjangkiti 24 kes. 

“Bagi kluster kedua, ia dikenali sebagai Kluster Industri Permata Dua yang membabitkan pekerja di tiga kilang di daerah Negeri Sembilan. Sehingga kini ia sudah menjangkiti 51 kes,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, kluster berisiko tinggi ini pula dikenali sebagai Kluster Jalan Anam di daerah Kuala Langat, Klang dan Petaling di Selangor serta sudah menjangkiti 16 kes. 

“Kluster terakhir yang dikesan hari ini ialah Kluster Chupak membabitkan daerah Serian dan Samarahan di Sarawak pula sudah menjangkiti 57 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 1,083 kes sembuh dilaporkan.

Katanya, ini menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah sebanyak 320,925 kes dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 95.3 peratus. – BH Online

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd