• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,219 Kes Baharu Covid-19, 2 Kematian Hari Ini

oleh
17/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 negara ini kembali meningkat hari ini apabila mencatatkan 1,219 kes berbanding semalam yang merekodkan 1,063 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu menjadikan kumulatif 327,253 kes Covid-19 dalam negara ini.

Menurutnya, Menurutnya, kes sembuh juga mengatasi kes baharu dengan 1,346 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes berjaya dirawat setakat ini adalah sebanyak 310,958 kes.

Katanya, kes baharu itu membabitkan sebanyak 1,212 kes penularan tempatan dan selebihnya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Berdasarkan laporan yang diterima, Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 499 kes, diikuti Sarawak (225), Johor (169), Pulau Pinang (69) dan Kuala Lumpur (54).

“Pahang, Labuan, Putrajaya dan Perlis mencatatkan satu angka kes baharu hari ini, manakala negeri lain merekodkan dua angka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

“Seramai 154 pesakit masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 64 pesakit masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, dua kematian direkodkan membabitkan warganegara dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,220 kes. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd