• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

oleh
19/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini membabitkan 10 kluster tempat kerja dan dua pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja dikesan di Johor iaitu Kluster Sungai Berumbung, Kluster lorong Usaha Utama, Kluster Jalan Dahlia 22 dan Kluster Jalan Industri Sofa.

Katanya, kluster lain ialah Kluster Jalan Besar Kepong, Kluster Jalan Daun dan Kluster Lorong Nibong di Kuala Lumpur.

Manakala di Selangor membabitkan Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth, Kluster Persiaran Hemisfera dan Kluster Banda Baru.

Menurutnya, dua lagi kluster baharu ialah kluster pusat tahanan iaitu Kluster Depot Tahanan Imigresen Juri di Pulau Pinang dan Kluster Depot Tahanan Imigresen Jalan Duta di Kuala Lumpur.

“Sebanyak 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Indah Utama, Kluster Perindustrian Fasa Dua, Kluster Kampung Teluk, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Subang Delima, Kluster Batu 20, Kluster Santong Paka, Kluster Batu Tiga Setengah, Kluster Industri Puchong, Kluster Jalan Galah, Kluster Tapak Bina Lebuh, Kluster Jalan Kota Murni, dan Kluster Tapak Bina Jalan Tandok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, KKM memohon kerjasama pihak media untuk membantu menyebarkan maklumat berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) secara bertanggungjawab kerana ini membabitkan masa depan rakyat dan negara. 

“Pemberian suntikan vaksin yang sedang giat dijalankan di negara kita dan seluruh dunia adalah merupakan kaedah terbaik dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 buat masa ini.

“Justeru, KKM memohon pihak media lebih berhati-hati dalam melaporkan berita-berita berkaitan program ini. Pelaporan berita yang tidak tepat apatah lagi tidak benar boleh menjejaskan kelancaran keseluruhan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd