• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Kluster Baharu Covid-19 Termasuk 2 Kluster Komuniti

oleh
22/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 10 kluster baharu yang dilapor di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Pahang, Labuan dan Negeri Sembilan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada itu lapan kluster berkaitan tempat kerja dan dua lagi kluster komuniti.

Katanya, kluster komuniti pertama adalah Kluster Rajang di Sarikei, Tanjung Manis dan Kuching di Sarawak, yang mana ia bermula dengan majlis pengebumian di Kampung Rajang, Tanjung Manis, Mukah pada 1 hingga 3 Mac.

Menurutnya, sehingga hari ini, 271 individu sudah disaring dengan 29 kes positif dikesan daripada kluster itu.

“Kluster komuniti kedua membabitkan daerah Kulai di Johor iaitu Kluster Jalan Belimbing, yang dilapor positif Covid-19 pada 11 Mac lalu.

“Sehingga hari ini, sejumlah 20 individu sudah disaring dengan 10 kes dikesan positif Covid-19.

“Lapan kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan Helang di Kuala Langat, Selangor; Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan di Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Kluster Taman Tunku membabitkan Kepong dan Titiwangsa, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kluster tempat kerja lain adalah Kluster Jalan Tenteram di Johor Bahru, Johor; Kluster Batu 22 di Kulai, Johor; Kluster Jalan Gambang di Kuantan, Pahang; Kluster Industri Permata di Seremban, Negeri Sembilan dan Kluster Jalan Kemajuan di Labuan.

Katanya, semua kluster tempat kerja itu merekodkan 177 kes positif Covid-19 setakat hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, tambahan kluster baharu itu menjadikan keseluruhan 1,307 kluster yang dilaporkan, dengan 896 kluster sudah tamat. 

“Untuk hari ini, 15 kluster dilaporkan tamat termasuk Kluster Jalan Bursa dan Kluster Jalan Air Hitam, sekali gus menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 411 kluster.

“Sebanyak 64 kluster melaporkan pertambahan kes, yang mana kes tertinggi daripada Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan (70 kes), Kluster Tanjung Suria (70 kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (55 kes),” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Minta SPRM Siasat Dakwaan Sogok Libat Menteri Kanan

Next Post

“Malam Malang Tahun 2017”

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

"Malam Malang Tahun 2017"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd